Public Speaking, Master of Ceremony
Public Speaking, Master of Ceremony
www.AlvinAdam.com

Liputan 24 Bengkulu

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

Maritim Malaysia Wilayah Sarawak terima aset baharu

Posted by On 2:25 AM

Maritim Malaysia Wilayah Sarawak terima aset baharu

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan kapal tersebut memberikan pulangan bernilai kepada kerajaan secara umum dan membantu tugas penguatkuasaan.


“Perolehan NGPC adalah bertepatan pada waktunya bagi membolehkan semua tugas pengawalan dan penguatkuasaan dilaksanakan lebih efektif di perairan negara.


“Sejak beroperasi di negeri ini pada 2006, Maritim Malaysia telah melakukan 27,046 pemeriksaan yang membawa kepada 1,034 tangkapan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Pengoperasian NGPC KM Sri Aman yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas), Muara Tebas di sini hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Ismaili Bujang Pit.


KM Sri Aman merupakan antara enam NGPC milik Maritim Malaysia berukuran 44.25 meter panjang dan 7.7 meter lebar yang dibina sepenuhnya oleh syarikat perkapalan tempatan, Destini Shipbuilding & Engineering Sdn. Bhd. berpangkalan di Pelabuhan Klang, Selangor.


Kapal ronda itu dilengkapi dengan radar termoden, meriam pertahanan Aselsan berukuran 30 milimeter dan pesawat tanpa pemandu (UAV) buatan Thales.-UTUSAN ONLINE


Sumber: Google News | Liputan 24 Muara Aman

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »